Yang hidup akan pergi juaa…
Wednesday, September 20th, 200618 September 2006
kini menjadi satu tarikh penting dalam hidupku..akan ku ingat tarikh keramat
ini sampai bila-bila..selepas 3 tahun pemergian datuk, kali ini nenek pula
pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya…Sedih di hatiku hanya Tuhan saja
yang tahu..Apabila mendapat tahu berita pemergian nenek, air mataku tak
henti-henti mengalir ke pipi..Di saat melihat nenek dimandikan, dikapankan
& ditalkinkan aku tidak dapat menahan sebak..mata redupnye yang pernah
merenung aku kini terpejam buat selama-lamanya..aku tidak boleh lagi memandang
sinar yang terbit dari matanya..namun, aku tahu tidak elok sekiranya membiarkan
air mata kita jatuh..Dan aku mendapat kekuatan untuk memberi penghormatan
terakhir buat nenek dengan mengucup dahi & pipinya..Pipi & dahinya amat
sejuk sekali ketika dikucup seolah-olah nenek bermandikan ais..Air mataku laju
mengalir tatkala melihat esakan & tangisan daripada adik2 &
sepupu-sepupuku yang lain…namun aku redha dengan pemergian nenek..Biar lah
dia pergi sekarang kerana aku tidak sanggup melihat dia menderita lebih lama
lagi…hanya yang mampu aku lakukan sekarang adalah berdoa kepada Allah agar
roh nenek dicucuri rahmat & semoga perjalanan beliau ke sana dimudahkan
oleh-Nya..Tetapi apabila aku berseorangan, terimbas kembali memori lama di saat
aku bersama-sama nenek..ketika itu nenek masih lagi sihat & aku pada ketika
itu masih lagi bersekolah. Setiap cuti sekolah mak & ayah akan membawa aku
menghabiskan cuti di rumah atuk & nenek..Walaupun aku tidak berapa rapat
dengan mereka, namun setiap kali aku berada di rumah mereka..akan aku abiskan
masa terluang dengan mendengar cerita daripada mereka..Aku masih ingat aku
cukup suka bila nenek bercerita kisah dia & atuk pergi menunaikan haji ke
Mekah..Pelbagai kisah menarik yg mereka ceritakan untuk cucu-cucunya &
mereka selalu mengajar kami; cucunya supaya jangan meninggalkan solat &
sentiasalah berbuat baik..Aku masih ingat lagi mereka amat terhibur apabila aku
menyanyikan lagu "rajin adik rajin" semasa aku kanak-kanak..Bahkan
setiap kali mereka melihat aku..pasti mereka akan memeluk & menyuruh aku
menyanyikan lagi itu..Sekarang aku dah lupa lirik lagu itu..cuma yang aku ingat
lagu tuh memberi semangat utk kanak2 belajar..Dan lagu itu jugalah yg aku
jadikan sebagai pendorong utk menuntut ilmu…Alhamdulilah, akhirnya lagu itu
membawa aku ke puncak kejayaan..Terima kasih atuk & nenek…Namun itu semua
cerita lama..kehidupan ini tidak terlalu panjang untuk dinikmati..Setiap
pertemuan, perpisahan, ajal & maut telah ditetapkan oleh nya..Kini aku
hanya mampu mengingati mereka dalam ingatanku..Tiada lagi ku dengar bebelan si
tua yg amat menyentuh jiwaku, tiada lagi ayat-ayat suci Al-Quran yg
diperdengarkan beliau selepas setiap kali solat..tiada lagi Asma al-Husna yg
dilaungkan beliau bersama cucu-cucunya & tiada lagi kata-kata azimat yg ku
dengar dari mulut nenek..Namun, mereka tetap dalam ingatanku buat
selama-lamanya kerana aku amat menyayangi mereka..kepada kengkawanku yang
terbaca tentang apa yang aku tulis ini, sudilah mensedekahkan bacaan Al-Fatihah
kepada arwah nenek saya…Semoga die tenang di sana..Amin