Bingkisan Doa: Doa Untuk Kekasih

DOA
UTK YG BERCINTA , SAPE-SAPE YANG TENGAH BERCINTA ATAU BARU NAK BERCINTA ATAU
TENGAH BERTUNANG..AMAL-AMALKANLAH DOA NIH..

Ya
Allah…. Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar
kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah
kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi
ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan…. dia bukan miliku… Bawalah
ia jauh dari pandanganku…. Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah
aku dari kekecewaan….

Serta
ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti…. Berikanlah aku kekuatan… Melontar
bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa
bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan
ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang…. Tumbuhkanlah kembali
yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya
Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang
telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku…. kerana engkau maha
mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya
Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di
akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau
biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku
kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan
yang beriman… Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….

Amin..
Ya Rabbal A’lamin. .

Leave a Reply