Archive for January, 2008

Kawan…

Monday, January 21st, 2008

Hmm..tetibe teringat satu lagu nasyid yg sy slalu dengar mase skolah dulu2..masa tuh bile semangat saya hilang, lagu ni lah yg memberi kekuatan pada diri sy..bile sy tersilap langkah, lagu ni lah yg mengingatkan sy kembali tentang nilai-nilai murni & kehidupan yg tersirat disebalik nyer..semalam bile sy dengar balik lagu ni rasa sebak sangat..liriknye amat menyentuh hati..satu perasaan sayu yg tak boleh sy ungkapkan dengan kata2 terbit dlm hati..apakah sy layak diibaratkan sebagai matahari atau bulan purnama?? atau pun sy hanya ibarat rama2 dan lipan/kala??

———————————–

Kawan bertahun kita bersama
Bagai semalam baru bersua
Kawan di hadapan oh indahnya
Kita bersama berkelana

Namun kita jauh
Di dunia sendiri
Bekalan sendiri (semangat sendiri)
Impian sendiri
Meski pun jauh namun
Kita tetap bersama
Dek ruang yang memisahkan kita

Kawan hidup ini umpama langit
Yang tidak selalu cerah
Kawan hidup ini bagaikan awan
Yang tidak selalu putih

Ingatlah (ingatlah kawan ingatlah)
Takkan terus berkelana
Ingatlah (ingatlah kawan ingatlah)
Pasti akan hilang

Kawan jangan biarkan dirimu
Seperti rama-rama
Cantik namun akhirnya
Menjadi perhiasan di dinding

Kawan jangan biarkan dirimu
Umpama lipan dan kala
Berbisa namun akhirnya
Menjadi perhiasan dimeja tulis

Oh kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi umat semesta

Dialog seorang pemuda dgn Imam Syafie

Tuesday, January 15th, 2008

Pernah seorang lelaki dtg menemui imam Syafie lalu bertanya:

“Adakah kasih dan rindu hati itu berdosa?”

Jawab Imam Syafie: “Bahawa taqwa kepada Allah akan hilang di kala berdamping dgn hati-hati yg luka”.

Dia bertanya lagi: Seorang telah jatuh cinta, apakah ubatnya?

Jawab Imam Syafie :“diubati hatinya kemudian dirahsiakan cintanya, kemudian hendaklah ia bersabar dan berkhusyuk”.

Dia bertanya lagi: “bagaimanakah hendak mengubati cinta yang melampaui batasan? Setiap masa ia merasai sesak dada dan resah.

Jawab Imam Syafie: “Jika ia tak berkuasa bersabar dengan apa yang dialami, tiada jalan lain hanya mati”. ..